CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 29 September 2011

syOk ! - bahagian 1

0123456789 ?
     Mamat ni biar betik. Ni ke nombor phone dia? Agak-agak la nak buat lawak antarabangsa pun. Aku bukannya gelak okey. Dah la tak ada orang nak ambil aku kat sini (airport). Arrgh,seksanya hidup!
     "Jat!"Izzat menoleh ke belakang.
     "Yo,my friend baru balik from Mesir!"Izzat bersalaman dengan rakan-rakannya.
     "Kau tak bawak balik siapa-siapa ke?"soal Ikmal. Afiz dan Khairul ketawa. Izzat control serius.
     "Wei,aku pergi sana nak belajar la. Bukannya nak cari awek okey,"balas Izzat. Dia mula menarik bagasi besar. Afiz menawarkan diri untuk membantu.
     "Mak aku sihat wei?"soal Izzat. Khairul mengangguk.
     "Aku tengok dia ceria je hari ni. Yelah, anak teruna dia nak balik kan?"kata-kata Khairul disambut dengan gelak tawa. Izzat turut tergelak. Rindunya aku kat Icha,Aimi,Che' Pah dan semua adik-adik aku kat rumah. Firstly yang aku rindu gila-gila of course kat mak ayah aku kan? Tapi diorang ada kerja sebab tu suruh member-member aku ambik kot.
     "Mal, aku teringin ar nak makan kat rumah kau. Minggu depan lepas aku habis lepas rindu kat rumah aku terbang rumah kau pulak ek. Minggu lagi satu rumah tunang kau pulak Fiz,"usik Izzat. Khairul dan Ikmal tergelak apabila mendengar nama tunang Afiz. Afiz buat tak tahu aje. Korang tengok la nanti bila korang tunang,aku kenakan balik,bisik Afiz.
     "Ala,Afiz marah la cakap fasal Nurul wei,"Ikmal buat-buat pujuk Afiz. Afiz mula buat muka menyampah. Izzat hanya tersengih melihat telatah rakan-rakan sekolah rendah dan menengahnya. Kawan paling baik yang selalu ada.
                                                                                                                           bersambung...                                                                                                                                                              
   

30 september..

Assalammualaikum..
My mom had done so many things for me and my siblings. She always try,do the best for me. She taugh me to chose the best way of living. And I followed what her said. She never hit me or do something that hurt me. I know,she love me and so do I. Happy Birthday Umi... I know you love me. And I hope you know I love you too.
Wassalam...

Wednesday 28 September 2011

Maria-Joe-umi & baba !!

 Yeaa!!! Exam dah habis! Boleh la aku 'tumpang' Abang Joe punya PS3.
       "Maria, cepat la jalan. Jangan jadi lelembab boleh tak?"Abang Joe menolak bahuku dari belakang. Spontan aku merengus.
       "Kalau Abang Joe nak jalan cepat,jalan la dengan baba!" kataku agak kasar. Abang Joe mencebik.
       "Eceh, berani ya lawan orang. Maria tu baru 12 okey? Abang ni dah 25,dah boleh kahwin pon!"balas Abang Joe sambil buat-buat sombong. Urgh, menyampah aku!
       "Kalau camtu pergi la kahwin cepat-cepat. Jangan duduk rumah Maria okey?"aku mengajuk gaya sombong Abang Joe. Ingat aku ni lapuk sangat ke?
       "Yelah, nanti abang kahwin cepat-cepat. Tengok la nanti, abang kahwin empat, dapat anak sebelas orang."aku tergelak mendengar celoteh Abang Joe. Hek eleh, ada cita-cita nak kahwin empat. Mana tau tak ada sorang pun yang nak kat dia kan?
       "Apa, Abang Joe nak kahwin?"soal umi yang kebetulan dengar. Abang Joe sengih malu. Ha, padan muka!
       "A'ah umi..Abang Joe kata dia nak kahwin empat. Pastu bercita-cita nak anak empat pulak,"kataku sambil menjeling Abang Joe. Haha.. Abang Joe ni selalu terkena!

Monday 26 September 2011

Maria-Joe-umi & baba !!

Seriesly,aku benci kena layan macam bibik.. tengoklah sepupu aku ni. Suka menyuruh.
      "Maria,apasal tak angkat baju kat luar. Dah nak hujan ni,"kata Joe. Aku buat endah tak endah. Eceh,banyak fasal lah aku yang nak kena buat. Semuanya aku. Dah la nak ambil UPSR tahun ni. Dia boleh suruh aku macam-macam pulak. Tak guna betul.
      "Abang Joe la pergi angkat. Orang tengah study okey?"aku berbicara ala-ala gaya mat saleh. Tapi rasanya tak jadi pun. Hmpph...
      "Mana boleh. Esok abang kerja la. Karang mana tau kena pancaran UV lah katakan bila main-main kat luar. Lagipun Maria wanita sejati. Pergilah angkat kain tu..."aku buat muka menyampah. Kena pancaran UV pun tak apa. Abang Joe dah memang gelap pon.
      "Maria bagitau umi Abang Joe dera Maria. Nanti umi report kat baba baru tau!"kataku sambil menjelirkan lidah. Aku anak tunggal. Suka hatilah kan nak buat boss ke kat rumah. Abang Joe ni pun tumpang jer...

Tuesday 30 August 2011

Story-part 1

Seperti yg slalu kau buat..
memandang kearah lain apabila aku menghampiri..
perkara itu membuatkan langkah ku kebelakang semula..
namun,
semakin lama perkara itu berhenti..
dan kau pula yg menghampiriku..
tapi,aku berpaling membuatkan langkahmu berhenti..
aku menyangka bahawa kau akan pergi..
dan merasai apa yg aku rasa dahulu
kemudian aku menoleh ke belakang semula..
kau masih berdiri sambil merenungku dengan pandangan kosong..
di situ telah kulihat betapa lemahnya diri aku sendiri..
dahulu,
aku cepat pergi tanpa berbuat apa-apa..
tapi sekarang,
kau berdiri..
membuat sesuatu perkara yang aku anggap aneh..
renungan itu satu usahakah?
lalu ku biar kau terus berdiri..
beberapa minit selepas itu,
aku terasa sesuatu lantas aku bangun..
menoleh ke belakang..
kau masih setia dengan renunganmu..

"Okey,fine. Awak menang,"kataku. Dia menggeleng.

kemudian aku lihat kau tersenyum..itulah pertama kali aku lihat kau senyum..

"Pergilah..awakkan dh menang,"ujarku lagi. Dia menggeleng lagi.

"Saya baru menang satu,"

"Apa seterusnya?"

"Buat awak menang jugak. Awakkan selalu kalah,"lepas tu dia senyum lagi.

Ya,aku memang selalu kalah..untuk perasaan aku sendiri,aku selalu kalah...
aku mengangkat wajah,memandang dia..

"Saya boleh menang kalau awak bagi peluang dulu."lepas itu aku terus berlalu..kau hanya diam.

Senyumanmu terus mati ketika aku pergi.

Monday 29 August 2011

Aku bersaksi Islam adalah agamaku,
Atas nama Allah,aku berjanji takkan pernah meninggalkan Islam walaupun aku bukanlah dari kalangan hamba-Nya yang baik,namun,Islam tetap menjadi agamaku sepanjang hayat..Ya Allah,dengarlah hatiku menjerit..."I LOVE ISLAM!!!!!!!!!!!"

tiba lagi

Tiba lagi saat itu..
saat dia datang..
saat dia pergi..
tanpa dia menoleh semula..
untuk memandang aku buat kali terakhir..
aku yakin,dia pergi kerana sebab..
walaupun sebab itu hanya membuatkan hati-hati yang tahu sedih..
walaupun sebab itu hanya membuatkan hati-hati yang tahu kecewa..
namun,
tuhan lebih mengetahui..
segala yang terjadi..
di langit mahupun di bumi..
redha dengan takdir Ilahi..
walaupun ianya pahit..
telanlah..
walaupun ianya pedih..
tabahlah..
pesanan untuk mereka yang ditinggalkan..
walaupun mereka atau dia telah pergi..
kita masih ada Yang Satu..
Dia takkan pernah meninggalkan kita..
Kerana,tuhan sayang kita..