CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 30 August 2011

Story-part 1

Seperti yg slalu kau buat..
memandang kearah lain apabila aku menghampiri..
perkara itu membuatkan langkah ku kebelakang semula..
namun,
semakin lama perkara itu berhenti..
dan kau pula yg menghampiriku..
tapi,aku berpaling membuatkan langkahmu berhenti..
aku menyangka bahawa kau akan pergi..
dan merasai apa yg aku rasa dahulu
kemudian aku menoleh ke belakang semula..
kau masih berdiri sambil merenungku dengan pandangan kosong..
di situ telah kulihat betapa lemahnya diri aku sendiri..
dahulu,
aku cepat pergi tanpa berbuat apa-apa..
tapi sekarang,
kau berdiri..
membuat sesuatu perkara yang aku anggap aneh..
renungan itu satu usahakah?
lalu ku biar kau terus berdiri..
beberapa minit selepas itu,
aku terasa sesuatu lantas aku bangun..
menoleh ke belakang..
kau masih setia dengan renunganmu..

"Okey,fine. Awak menang,"kataku. Dia menggeleng.

kemudian aku lihat kau tersenyum..itulah pertama kali aku lihat kau senyum..

"Pergilah..awakkan dh menang,"ujarku lagi. Dia menggeleng lagi.

"Saya baru menang satu,"

"Apa seterusnya?"

"Buat awak menang jugak. Awakkan selalu kalah,"lepas tu dia senyum lagi.

Ya,aku memang selalu kalah..untuk perasaan aku sendiri,aku selalu kalah...
aku mengangkat wajah,memandang dia..

"Saya boleh menang kalau awak bagi peluang dulu."lepas itu aku terus berlalu..kau hanya diam.

Senyumanmu terus mati ketika aku pergi.

Monday 29 August 2011

Aku bersaksi Islam adalah agamaku,
Atas nama Allah,aku berjanji takkan pernah meninggalkan Islam walaupun aku bukanlah dari kalangan hamba-Nya yang baik,namun,Islam tetap menjadi agamaku sepanjang hayat..Ya Allah,dengarlah hatiku menjerit..."I LOVE ISLAM!!!!!!!!!!!"

tiba lagi

Tiba lagi saat itu..
saat dia datang..
saat dia pergi..
tanpa dia menoleh semula..
untuk memandang aku buat kali terakhir..
aku yakin,dia pergi kerana sebab..
walaupun sebab itu hanya membuatkan hati-hati yang tahu sedih..
walaupun sebab itu hanya membuatkan hati-hati yang tahu kecewa..
namun,
tuhan lebih mengetahui..
segala yang terjadi..
di langit mahupun di bumi..
redha dengan takdir Ilahi..
walaupun ianya pahit..
telanlah..
walaupun ianya pedih..
tabahlah..
pesanan untuk mereka yang ditinggalkan..
walaupun mereka atau dia telah pergi..
kita masih ada Yang Satu..
Dia takkan pernah meninggalkan kita..
Kerana,tuhan sayang kita..

Sunday 28 August 2011

aku,aku,aku

ini lah kehidupan..
segala kepayahan,aku redah sendiri..
tanpa orang yang memahami..
tanpa orang yang menemani..
tanpa orang yang kucari..
semakin lama..
aku sudah terbiasa..
dengan semua cabaran..
aku sudah boleh tertawa..
walaupun ketika hatiku sakit..
aku sudah mampu tersenyum..
untuk mengubati hati yang menangis sendiri..
tiada cara dapat ku luahkan..
hanya tuhan yang tahu betapa susahnya menjadi aku..
aku,aku,aku..
walau apa cara sekalipun untuk aku lari daripada 'aku',
aku tetap takkan mampu..
kerana tuhan telah menetapkan..
aku tetap aku..

harapan

aku begitu teringin memiliki sebuah..
taman yang indah..dipenuhi haruman iman dan bungaan taqwa..
aku begitu teringin memiliki sebuah..
taman yang bersih..tanpa kotoran dan hasad dengki..
aku begitu teringin memiliki seseorang..
pemimpin yang dapat membantu aku..untuk memiliki semua itu..
pemimpin yang dapat aku contohi..
untuk hari ini,esok dan sampai aku berhenti diberi nafas..
andai bukan dia dapat kumiliki..
semuanya takkan mati begitu sahaja..
harapanku takkan pernah hancur hanya kerana seorang lelaki..
kerana,aku menagih janji tuhan..
gadis yang baik semestinya 'ditemukan' dengan pemuda yang baik..
semoga aku menjadi insan yang baik..
untuk menanti kehadiran dia yang juga baik..:)

kepada kamu

kita manusia..
tuhan ciptakan kita kepada dua..
satu untuk memimpin dan satu lagi untuk dipimpim..
jadi,pimpinlah aku,dia dan siapa2 selagi kau mampu..
tuhan sedia membantu andainya kau perlu..
kau lelaki,kudratmu lebih dari kami (wanita)..
jadi,pimpinlah dunia..
pimpinlah mereka yang jauh tersasar..
pimpinlah mereka selagi kau masih ada..
hanya doa dapat kami kirimkan..
kepada kamu (lelaki) yang meneruskan perjuangan (dakwah)..

Rainbow is my life

i always hope the truth